Bermula pada 13 Mei 2011, proses eraman telah dijalankan berperingkat-peringkat. Sehingga kini lebih kurang 100 biji telor iaitu telor ayam kampung, ayam arab, itik dan burung puyuh telah dimasukkan ke dalam mesin eraman telor. Sehingga semalam (23 Mei 2011) hanya lebih kurang 5 biji telor yang tidak menampakkan akan menjadi. Saya akan menceritakan sehari demi sehari sehingga telor itu menetas........insya'Allah.
Selasa, 24 Mei 2011... pencarian telor ayam kampung masih diteruskan. Nampaknya hari kurang bernasib baik. Puas mencari di sekitar kampung yang berdekatan....banyak juga penternak-penternak yang ditemui. Walaupun begitu rata-rata yang menyatakan mereka baru hendak memulakan semula.....ini adalah akibat penyakit sampar yang baru berlalu. Dapat juga sedikit-sebanyak pengalaman mereka. Alhamdulillah.
Pagi ini, 25 Mei 2011... tempahan telah dibuat. Mungkin satu dua hari ni akan dapat bekalan telor untuk tambahan proses pengeraman. Dalam pada itu pembinaan reban ayam saiz kecil (untuk proses pengasingan dari inkubator) masih terus dipergiatkan. Seiring dengan itu, pencarian kayu-kayu terbuang diteruskan.
Pencarian telor ayam kampung masih diteruskan, kebanyakan para penternak sedang memulihkan semula penternakan mereka. Yang tiada mesin eraman telor, ibu ayam sedang mengeram. Nampaknya semakin sukar untuk mendapatkan telor ayam.
3 Jun 2011, telor bertarikh 15 Mei 2011 telah ditetaskan (eraman selama 2 minggu 4 hari). Nampaknya penetasan sudah pun bermula. Sehingga 13 Jun 2011, sebanyak 26 telor telah ditetaskan dengan menggunakan mesin eraman. Buat masa ini sedang menunggu tetasan telor itik, mungkin dalam minggu ini akan berlaku penetasan. Percubaan menetaskan telor burung puyuh pula telah berjaya.
Alhamdulillah, pembekal tetap telor dapat membekalkan telor setiap 2 hari sekali. Walaupun tidak banyak tapi setakat ini tidak putus bekalan tersebut. Telor ayam, puyuh telah membuahkan hasilnya. Manakala telor itik masih menunggu penetasannya. Hari ini 15 Jun 2011, selepas subuh sebanyak 3 telor telah menetas. 2 ayam arab dan 1 ayam kampung biasa.
Dalam masa dua tiga hari ini, cuaca tidak meyakinkan untuk pembiakan ayam. Hujan yang tidak menentu menyebabkan anak ayam ada yang mati. Penjagaan yang rapi perlu dititikberatkan. Walaupun keadaan reban ayam dijaga, tapi masih lagi terdapat kematian anak ayam. Saya masih lagi menunggu penetasan anak ayam yang selanjutnya. Setakat ini penetasannya agak perlahan. Telor itik nampaknya masih belum menunjukkan untuk memulakan peneatasannya. Saya masih menunggu.......
Nampaknya eraman telor itik tidak menjadi.....hasil pengalaman kawan-kawan, telor itik yang melebihi 36 hari adalah tidak akan membuahkan hasil. Saya terpaksa melupakan hasrat untuk membuat penetasan telor itik.
Maaf....kerana sudah lama tidak menceritkan perkembangan terkini. Untuk makluman, eraman telor ayam dihentikan buat sementara waktu. Keadaan tidak mengizinkan....terdapat anak ayam yang mati akibat penyakit. Buat masa ini tumpuan kepada puyuh. Penetasan telor hanya sedikit sahaja. Saya mengambil keputusan untuk membeli sahaja anak puyuh dari kenalan. Setakat ini lebih kurang 200 ekor anak puyuh telah dibeli. Ini adalah untuk dibuat benih/baka. Kini dalam proses pembesaran.
No comments:
Post a Comment