Monday 30 June 2014

Selamat Datang Tahun 2014

Aktiviti penternakan agak kurang memberangsangkan. Namun masih diteruskan walaupun agak perlahan.

Tuesday 12 November 2013

Askm. wbt.,

Nampaknya sudah penghujung tahun 2013.
Walau bagaimanapun, usaha perlu diteruskan.
Banyak dugaan yang datang.
Untuk meneruskan kerjaya ini perlu ada ketabahan.
Tingkatkan azam untuk tahun 2014

Tuesday 30 July 2013

....salam 2013.

Sudah lama saya tidak menjenguk ke blog ini. Alhamduliilah masih berfungsi. Diharap kepada sesiapa yang menjenguknya diucapkan jutaan terima kasih. Walau bagaimanapun tiada input baru. Saya akan dapatkan sedikit info yang lain pula. Untuk pengetahuan buat masa ini saya sedang menjalankan ternakan puyuh pula. Akan saya kongsi nanti.........tunggu.

Monday 2 January 2012

Selamat Datang 2012

Kepada semua pengunjung blog ini saya ucapkan selamat tahun baru 2012.
Diharapkan semua akan beroleh kejayaan pada tahun ini.
Lupakan apa yang kita tidak capai pada tahun 2011 dan
tumpukan sepenuhnya matlamat pada tahun 2012.

Monday 23 May 2011

Eraman telor

Bermula pada 13 Mei 2011, proses eraman telah dijalankan berperingkat-peringkat. Sehingga kini lebih kurang 100 biji telor iaitu telor ayam kampung, ayam arab, itik dan burung puyuh telah dimasukkan ke dalam mesin eraman telor. Sehingga semalam (23 Mei 2011) hanya lebih kurang 5 biji telor yang tidak menampakkan akan menjadi. Saya akan menceritakan sehari demi sehari sehingga telor itu menetas........insya'Allah.

Selasa, 24 Mei 2011... pencarian telor ayam kampung masih diteruskan. Nampaknya hari kurang bernasib baik. Puas mencari di sekitar kampung yang berdekatan....banyak juga penternak-penternak yang ditemui. Walaupun begitu rata-rata yang menyatakan mereka baru hendak memulakan semula.....ini adalah akibat penyakit sampar yang baru berlalu. Dapat juga sedikit-sebanyak pengalaman mereka. Alhamdulillah.

Pagi ini, 25 Mei 2011... tempahan telah dibuat. Mungkin satu dua hari ni akan dapat bekalan telor untuk tambahan proses pengeraman. Dalam pada itu pembinaan reban ayam saiz kecil (untuk proses pengasingan dari inkubator) masih terus dipergiatkan. Seiring dengan itu, pencarian kayu-kayu terbuang  diteruskan.

Pencarian telor ayam kampung masih diteruskan, kebanyakan para penternak sedang memulihkan semula penternakan mereka. Yang tiada mesin eraman telor, ibu ayam sedang mengeram. Nampaknya semakin sukar untuk mendapatkan telor ayam.

3 Jun 2011, telor bertarikh 15 Mei 2011 telah ditetaskan (eraman selama 2 minggu 4 hari). Nampaknya penetasan sudah pun bermula. Sehingga 13 Jun 2011, sebanyak 26 telor telah ditetaskan dengan menggunakan mesin eraman. Buat masa ini sedang menunggu tetasan telor itik, mungkin dalam minggu ini akan berlaku penetasan. Percubaan menetaskan telor burung puyuh pula telah berjaya.

Alhamdulillah, pembekal tetap telor dapat membekalkan telor setiap 2 hari sekali. Walaupun tidak banyak tapi setakat ini tidak putus bekalan tersebut. Telor ayam, puyuh telah membuahkan  hasilnya. Manakala telor itik masih menunggu penetasannya. Hari ini 15 Jun 2011, selepas subuh sebanyak 3 telor telah menetas. 2 ayam arab dan 1 ayam kampung biasa.

Dalam masa dua tiga hari ini, cuaca tidak meyakinkan untuk pembiakan ayam. Hujan yang tidak menentu menyebabkan anak ayam ada yang mati. Penjagaan yang rapi perlu dititikberatkan. Walaupun keadaan reban ayam dijaga, tapi masih lagi terdapat kematian anak ayam. Saya masih lagi menunggu penetasan anak ayam yang selanjutnya. Setakat ini penetasannya agak perlahan. Telor itik nampaknya masih belum menunjukkan untuk memulakan peneatasannya. Saya masih menunggu.......
Nampaknya eraman telor itik tidak menjadi.....hasil pengalaman kawan-kawan, telor itik yang melebihi 36 hari adalah tidak akan membuahkan hasil. Saya terpaksa melupakan hasrat untuk membuat penetasan telor itik.

Maaf....kerana sudah lama tidak menceritkan perkembangan terkini. Untuk makluman, eraman telor ayam dihentikan buat sementara waktu. Keadaan tidak mengizinkan....terdapat anak ayam yang mati akibat penyakit. Buat masa ini tumpuan kepada puyuh. Penetasan telor hanya sedikit sahaja. Saya mengambil keputusan untuk membeli sahaja anak puyuh dari kenalan. Setakat ini lebih kurang 200 ekor anak puyuh telah dibeli. Ini adalah untuk dibuat benih/baka. Kini dalam proses pembesaran.

Tuesday 10 May 2011

Tempahan Mesin Eram

TEMPAHAN MESIN ERAM dan brooder

Yang berminat  sila hubungi saya di :

emel: idaabu1965@gmail.com atau sms/telefon di  hp : 017-6532567
Km 18, Kampung Serkam Darat, Merlimau, 77300 Melaka.

*kalau yg nak saya poskan pun boleh, apa2 hal sms dan call jer k.

Mesin eram jenis tiada brooder kapasiti:

1) 40 biji telur ayam= rm160
2) 70 biji telur ayam=rm180

* mesin di bawah ini percuma digital Thermometer

3) 110/120 biji telur ayam=rm250
4) 150 biji telur ayam= rm300

* mesin di bawah ini di berikan harga yg rendah bagi membantu sesama kita .

5) 350 biji telur ayam= rm 500
6) 700 biji telur ayam= rm900
7) 900 biji telur ayam= rm1200
8) 1200 biji telur ayam=rm1800

mesin eram jenis siap brooder kapasiti (sesuai utk angsa):

1) 40 biji telur ayam= rm180
2) 65/70 biji telur ayam=rm200
3) 110/120 biji telur ayam=rm270 (free digital thermometer)
jika mahu kan aksesori tambahan , boleh la tambah termometer digital yg hanganya rm30 saja :)