Monday 23 May 2011

Eraman telor

Bermula pada 13 Mei 2011, proses eraman telah dijalankan berperingkat-peringkat. Sehingga kini lebih kurang 100 biji telor iaitu telor ayam kampung, ayam arab, itik dan burung puyuh telah dimasukkan ke dalam mesin eraman telor. Sehingga semalam (23 Mei 2011) hanya lebih kurang 5 biji telor yang tidak menampakkan akan menjadi. Saya akan menceritakan sehari demi sehari sehingga telor itu menetas........insya'Allah.

Selasa, 24 Mei 2011... pencarian telor ayam kampung masih diteruskan. Nampaknya hari kurang bernasib baik. Puas mencari di sekitar kampung yang berdekatan....banyak juga penternak-penternak yang ditemui. Walaupun begitu rata-rata yang menyatakan mereka baru hendak memulakan semula.....ini adalah akibat penyakit sampar yang baru berlalu. Dapat juga sedikit-sebanyak pengalaman mereka. Alhamdulillah.

Pagi ini, 25 Mei 2011... tempahan telah dibuat. Mungkin satu dua hari ni akan dapat bekalan telor untuk tambahan proses pengeraman. Dalam pada itu pembinaan reban ayam saiz kecil (untuk proses pengasingan dari inkubator) masih terus dipergiatkan. Seiring dengan itu, pencarian kayu-kayu terbuang  diteruskan.

Pencarian telor ayam kampung masih diteruskan, kebanyakan para penternak sedang memulihkan semula penternakan mereka. Yang tiada mesin eraman telor, ibu ayam sedang mengeram. Nampaknya semakin sukar untuk mendapatkan telor ayam.

3 Jun 2011, telor bertarikh 15 Mei 2011 telah ditetaskan (eraman selama 2 minggu 4 hari). Nampaknya penetasan sudah pun bermula. Sehingga 13 Jun 2011, sebanyak 26 telor telah ditetaskan dengan menggunakan mesin eraman. Buat masa ini sedang menunggu tetasan telor itik, mungkin dalam minggu ini akan berlaku penetasan. Percubaan menetaskan telor burung puyuh pula telah berjaya.

Alhamdulillah, pembekal tetap telor dapat membekalkan telor setiap 2 hari sekali. Walaupun tidak banyak tapi setakat ini tidak putus bekalan tersebut. Telor ayam, puyuh telah membuahkan  hasilnya. Manakala telor itik masih menunggu penetasannya. Hari ini 15 Jun 2011, selepas subuh sebanyak 3 telor telah menetas. 2 ayam arab dan 1 ayam kampung biasa.

Dalam masa dua tiga hari ini, cuaca tidak meyakinkan untuk pembiakan ayam. Hujan yang tidak menentu menyebabkan anak ayam ada yang mati. Penjagaan yang rapi perlu dititikberatkan. Walaupun keadaan reban ayam dijaga, tapi masih lagi terdapat kematian anak ayam. Saya masih lagi menunggu penetasan anak ayam yang selanjutnya. Setakat ini penetasannya agak perlahan. Telor itik nampaknya masih belum menunjukkan untuk memulakan peneatasannya. Saya masih menunggu.......
Nampaknya eraman telor itik tidak menjadi.....hasil pengalaman kawan-kawan, telor itik yang melebihi 36 hari adalah tidak akan membuahkan hasil. Saya terpaksa melupakan hasrat untuk membuat penetasan telor itik.

Maaf....kerana sudah lama tidak menceritkan perkembangan terkini. Untuk makluman, eraman telor ayam dihentikan buat sementara waktu. Keadaan tidak mengizinkan....terdapat anak ayam yang mati akibat penyakit. Buat masa ini tumpuan kepada puyuh. Penetasan telor hanya sedikit sahaja. Saya mengambil keputusan untuk membeli sahaja anak puyuh dari kenalan. Setakat ini lebih kurang 200 ekor anak puyuh telah dibeli. Ini adalah untuk dibuat benih/baka. Kini dalam proses pembesaran.

Tuesday 10 May 2011

Tempahan Mesin Eram

TEMPAHAN MESIN ERAM dan brooder

Yang berminat  sila hubungi saya di :

emel: idaabu1965@gmail.com atau sms/telefon di  hp : 017-6532567
Km 18, Kampung Serkam Darat, Merlimau, 77300 Melaka.

*kalau yg nak saya poskan pun boleh, apa2 hal sms dan call jer k.

Mesin eram jenis tiada brooder kapasiti:

1) 40 biji telur ayam= rm160
2) 70 biji telur ayam=rm180

* mesin di bawah ini percuma digital Thermometer

3) 110/120 biji telur ayam=rm250
4) 150 biji telur ayam= rm300

* mesin di bawah ini di berikan harga yg rendah bagi membantu sesama kita .

5) 350 biji telur ayam= rm 500
6) 700 biji telur ayam= rm900
7) 900 biji telur ayam= rm1200
8) 1200 biji telur ayam=rm1800

mesin eram jenis siap brooder kapasiti (sesuai utk angsa):

1) 40 biji telur ayam= rm180
2) 65/70 biji telur ayam=rm200
3) 110/120 biji telur ayam=rm270 (free digital thermometer)
jika mahu kan aksesori tambahan , boleh la tambah termometer digital yg hanganya rm30 saja :)





Saturday 7 May 2011

Ternak Ayam Kampung Secara Kecil-Kecilan

Aktiviti penternakan ayam kampung telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu kacukan diantara ayam kampung generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampung adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampung. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampung yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampung dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampung. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.


KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.


SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.


PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain


PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram


PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.


KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Ori atau kacuk

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.
Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.

Inkubator

SALAH SATU MASALAH,MENGAPA ANDA PERLU ADA INKUBATOR
Masalah yang sering kita hadapi ialah, apabila ayam bertelur di suatu tempat,ibu ayam suka berkongsi sarang
ini salah satu contoh gambar ayam kawan saya yang tidak mempunyai inkubator:-


lagi satu masalah ialah pemangsa yang kerap menganggu serta merosak telur ayam..bila ia berjaya makan.pemangsa ini akan beulang-alik selagi tidak habis telur berkenaan:-
ini baru 2 masalah yang kita hadapi ada pelbagai lagi yang menyebabkan ternakan lambat membiak antaranya ialah ular,air hujan juga menyebabkan telur rosak kerana keasidan yang tinggi,panas yang melampau dan sejuk yang melampau.telur terlebih banyak contohnya sampai 15 biji satu sarang akan menyebabkan tidak semua berada di bawah perut ibu ayam.




Penjagaan Anak Ayam Kampung

Didalam skop ternakan ini terdapat 2 perkara yang memainkan peranan penting.
1.Daya hidup benih ayam kampung yang dibeli
2.Kosa makana ayam kampung.

Dua perkara yang aku sebut diatas ini teramat penting untuk menjaminkan untung rugi perniagaan ternakan ini.Sekiranya kita hendakkan magin yang tinggi maka kena ambil berat dua perkara tersebut.Disini aku berikan contoh yang mudah sekiranya perhatian tidak diberikan pada perkara tersebut.

1.Sekiranya tahap kematian anak ayam diparas tinggi ..andaikan 20% tahap kematian daripada 500 ekor bermakna kita telah kerugian sebanyak rm250.sekiranya perhatian diberikan mungkin kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada 20% kepada 5%.lihat contoh dibawah

Kematian Senario 1
500 x 20% = 100 ekor
100 x rm2.50 = rm250

Senario 2 sekiranya kadar kematian 5%
500 ekor x 5%=25 ekor
25 ekor x rm2.50=rm62.50

Dari Senario diatas tahap kerugian adalah amat ketara tetapi sekiranya diberikan perhatian,kita dapat mengurangkan sebanyak kerugian sebanyak rm187.50.Ini kita lihat dari segi kerugian kos.Bagimana pulak dari segi kerugian Jualan.(ini yang Lebih penting)
Sekiranya Senario 1 dapat dikurangkan seperti senario 2 maka kita mempunyai lebihan ayam dewasa sebanyak 75 ekor.Lihat Senario dibawah:

Senario 1 Jualan

Ayam dewasa yang hidup 400 ekor
Harga jualan Sekilo (andaian) RM 10 sekilo
Berat purata ayam 1.4 kg
Jumlah berat ayam keseluruhan 560kg
Jualan 560 x rm10 = rm5600


Senario 2 Jualan
Ayam Dewasa yang Hidup 475 ekor
Harga Jualan Sekilo RM 10
Berat Purata 1.4kg
Jumlah berat keseluruhan 665 kg
Jualan 665 kg x rm10 = RM 6650

senario 1 - senario 2
RM 5600 - RM 6650 = RM1050

Dari contoh diatas kita dapat lihat sekiranya perhatian tidak diberikan kepada anak2 ayam tersebut kerugian jualan yang ditanggung oleh penternak sebanyak RM1050 semusim..ini sekiranya 20% ..BAGAIMANA SEKIRANYA KADAR KEMATIAN MELEBIHI 20%.APAKAH PERHATIAN YANG PERLU KITA MENGAMBIL BERAT UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN DAN MENINGKATKAN MAGIAN PERNIAGAAN INI.

1.Persediaan sebelum ketibaan anak ayam kampung.
Persediaan yang rapi perlu dititik beratkan.Di peringkat persediaan ini juga amat penting untuk memastikan kadar kematian yang rendah.Persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti beri ikut.
i)Perkara yang penting dan harus diberikan keutaman sebelum ketibaan anak ayam kampung adalah reban anak ayam asuhan atau brooder.Size reban ayam ini atau brooder harus le mengikut quntity anak ayam yang bakal dimuatkan.Kebanyakan ilmu yang terdapat didalam intenet ini tidak diberitau size untuk anak ayam ini.Sekiranya untuk Induk atau ayam dewasa adalah 1 kaki persegi untuk setiap seekor,tetapi untuk anak ayam tidak diketaui.Ini adlah dari pengalaman saya sendiri dimana untuk 500 ekor anak ayam,keluasan brooder yang aku buat adalah 12x3.Keluasaan ini cukup untuk memuatkan 500 ekor anak ayam.didalam reban itu pulak saya bahagikan kepada 5 bahagian dimana setiap 1 bahagian untuk 100 ekor anak ayam sahaja.Ini bagi mengelakan berlaku anak ayam mati disebabkan tertindih antara satu sama lain.
ii)Selain dari size reban haba juga menjadi salah 1 faktor yang perlu diambilberat,Sumber haba yang kebiasaan dibekalkan untuk memanaskan anak ayam ialah lampu mentol.Anak ayam yang masih baru memerlukan haba untuk memanaskan badan mereka.Anak anak ayam ini mempunyai bulu2 yang halus,ia tidak dapat membantu anak ayam untutk memanaskan badan mereka ketika malam atau pun dimusim hujan.Jadi lampu yang dipasang dapat membantu memberikan kepanasan kepada anak2 ayam ini.Tetapi sekiranya watt mentol yang digunakan terlalu besar boleh menyebabkan anak ayam ini mati kepanasan.Ditahap minggu pertama hingga ke sebulan lampu hendaklah dipasang 24 jam.Ini bagi menjaminkan anak2 ayam ini mendapat kepanasan yang secukupnya.ntuk keluasan 12x3 saya gunakan cuma mentol 5 watt.jarak diantara 1 lampu ke 1 lampu adalah didalam 2 kaki.6 mentol digunakan untuk memberikan kepanasan kepada anak2 ayam.Sekiranaya dimusim hujan watt lampu ini hendaklah ditukar ke 15 watt.Diwaktu hujan angin agak sejuk sedikit.Jadi anak2 ayam ini memerlukan haba yang secukupnya.Sekiranya masih kekal kepada 5 watt,ia tidak dpt memberikan suhu yang diperlukan.Jadi pastikan haba yang secukupnye diberikan pada anak2 ayam anda.
iii)Bekas makan ayam janganlah dipandang sebagai remeh.Ini boleh meyebabkan anak ayam anda bantut pembesaranya.Seandainya anda memberikan bekas makanan yang tidak cukup besar dengan quntity anak ayam 500 ekor,bagaimana dapat anda pastikan kesemua anak ayam itu dapat makanan dan minuman.DIdalam reban anak/brooder saya gunakan 5 bekas air yang besar bagi memastikan kesemua anak ayam boleh mendapat minuman yang secukupnya dan saya gunakan tray atau dulang segi empat tepat untuk makanan ayam.Makan anak ayam yang saya berikan adalah 201c Gold Coin.Brand ini agak mahal,tapi ia amat bagus dan berquality untuk pembesaran anak2 ayam ini.
iv)Reban ayam/brooder yang telah siap dibina hendaklah dibasuh dahulu supaya hilang bau kayu.Sebaiknya spray dengan EM.Ia bagi mengelakkan bacteria yang terdapat didalam reban ayam tersebut hilang dan tidak berbau.
Diatas adalah sedikit tip yang saya berkongsi dengan anda semua untuk persediaan anak ayam sebelum sampai.Jagan tunggu anak ayam sampai dulu baru nak buat reban dan sebagainya.Ini boleh menyebabkan anda kerugian besar.Dibawah ini akan saya kongsi bersama2 perkara yang penting apabila ketibaan anak2 ayam ini.

1)Apabila anak ayam kampung anda telah sampai hendaklah disegerakan masuk kedalam reban anak ayam/brooder.Bekas minum hendaklah disiapkan.Pastikan air tersebut di campur dengan ubat anti stress.Ubat anti stress itu bertujuan untuk mengurangkan stress kerana perjalanan yang jauh dan memenatkan.Dan juga pasti makan anak ayam telah disiapkan.Apa yang saya amalkan adalah,Anak ayam ini diberikan makan sehari 2 kali.Ia itu sebelah pagi dan petang.Ini bagi memastikan anak ayam mendapat makanan yang secukupnya.Sekiranya anak ayam anda mempunyai luka dibadan atau kekurangan bulu,ini bermakna anka ayam anda tidak cukup makanan. Makan yang terbaik ketika anak adalah Gold Coin 201M dan apabila umur meningkat 1 minggu berikan 201C.
2)Reban ayam / brooder pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin sejuk masuk.Angin sejuk boleh mengurangkan haba didalam reban tersebut dan juga akan menyebabkan kematian.Ketika dimusim hujan pastikan tiada kebocoran yang boleh air hujan masuk kedalam reban anda.Cabaran yang saya hadapi pada mula2 menternak,waktu tu kiranya hujan lebat juga entah masa bila agaknya bumbung brooder saya tu ada kebocoran.Dengan rasa sedihnya esokkan hari mati anak ayam 260 ekor.Kerugian mencecah hampir RM650.00,pada masa tu anak ayam saya beli dengan harga rm2.50.Pesanan saya pada rakan ternak.Pastikan reban anak ayam /brooder anda tidak bocor.
3)Ketika anak ayam berumur bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam sehari.Seperti yang saya nytakan di peringkat persediakan sebelum tiba anak ayam.Disaat umur bawah 2 minggu ini adalah waktu yang paling critical.Ketika ini macam macam cabaran yanag akan datang sekiranya kita tidak menjaga anak ayam ini dengan teliti,Kekurangan Haba akan menyebabkan anak ayam ini berkumpul diantara satu sama lain.Sebaiknya ambil suhu brooder setiap masa.Amalkan themormeter sentiasa ada didalam brooder kalu gunakan yang digital lagi baik.Suhu yang terbaik untuk brooder adalah sekitar 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun 1 c setiap minggu.Anak ayam ini akan kurang stress dan akan lebih sihat.Anak ayam yang sihat akan memberikan berat dan tumbesar yang stabil.
4)Reban anak ayam/brooder hendaklah sentiasa dibersihkan.Ini bagi mengelakkan anak ayam dari pada terkena penyakit.Tahi ayam mempunyai gas Ammonia yang boleh menyebabkan kematian.Menggunakan EM boleh mengurangkan bau busuk dan mengelakkan lalat.Selain dari itu EM juga boleh meningkatkan FCR anda.Pengeluaran juga akan bertambah dengan kadar kematian yang kurang.

Koleksi Gambar Ayam


Koleksi gambar ayam

3072008

Penyakit Ayam

PENYAKIT AYAM
Penyakit Utama
* Coccidiosis
* Helminthiasis
* Marek’s Disease
* Infectious Bursal Disease
* Newcastle Disease
* Infectious Bronchitis
* Infectious Coryza
* Influenza
* Pullorum Disease
* Egg Drop Syndrome
COCCIDIOSIS
* Penyebab adalah protozoa – Eimeria sp.
* Proses infeksi 4 – 7 hari
* Menyebabkan kerosakan tisu usus
* Protozoa membiak pantas dalam sel perumah.
ETIOLOGI
* Coccidia sentiasa hadir di reban
* Penyakit terjadi bila makan terlalu banyak sporulated oocysts
* Oocysts membiak dalam najis
* Mencemari makanan, debu, air, litter, lantai dan tanah
* Jangkitan melalui peralatan, pakaian, serangga dan haiwan lain
PATOGENESIS
* Perebakan penyakit bergantung pada ketahanan badan, tahap pemakanan dan kehadiran penyakit lain
* Spesis yang bahaya: Eimeria necatrix, Eimeria tenella
* Ayam dewasa lebih resistan akibat pendedahan terdahulu
PENEMUAN KLINIKAL
* Berbeza ikut kumpulan ayam
Antaranya:
* Kenaikan berat badan menurun
* Morbidity dan mortality tinggi
* Cirit-birit teruk
* Hilang selera makan
* Pengeluaran telur berkurangan
* Darah berkumpul/beku dalam ceca
* Najis berdarah
* Lesi pada anterior-pertengahan usus
* Dinding usus menebal lumen membesar dan mengandungi darah
* Kehilangan air – dehydrasi
* Crop dipenuhi air
DIAGNOSIS
* Disahkan dengan penemuan oocysts dalam najis atau kikisan dinding usus
* Keadaan kumpulan ayam yang berubah dari biasa
* Bedah siasat ( 5 ekor hidup dan 5 ekor mati)
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Lantai jaring – sangkar
* Rawatan dengan Coccidiostat melalui minuman
* Singkiran atau jualan segera
* Disinfeksi reban
HELMINTHIASIS
* Pada penelur dan ayam baka
* Ayam daging jarang berlaku sebab waktu pemeliharaan yang singkat
* Penyebab: cacing gelang dan cacing pita
* Cacing pita perlu perumah perantara
* Peternakan moden bebas cacing kecuali sistem berlantai atau sereban
ETIOLOGI
* Termakan telur atau larva cacing
* Memakan serangga, kumbang, siput dan lintah
* Ayam dalam sangkar – makan lalat
PATOGENESIS/ KLINIKAL
* Hilang selera makan
* Terbantut
* Lemah
* Kematian bila cacing sekat saluran usus
* Tempat penemuan lesi bergantung jenis cacing yang terlibat
Antaranya:
* Penebalan, inflamasi dan nodular pada dinding ceca
* Crop dan esofagus
* Dinding usus kecil menebal
DIAGNOSIS
* Jumpa cacing atau telurnya dengan banyak
* Penemuan nekropsi
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Amalan sanitasi
* Memusnahkan perumah perantara
* Asing ayam menurut spesis dan umur
* Guna ubat yang diluluskan supaya produk dapat dipasarkan
MAREK’S DISEASE
* Penyakit neoplasm
* Herpes virus
* Berlaku merata tempat kecuali kawalan yang tegas.
ETIOLOGI
* Herpes virus (serotype 1 dan 2)
* Berjangkit
* Virus matang di folikel rerambut dan dilepaskan di udara
* Boleh hidup bertahun dalam reban dan udara
* Jangkitan melalui pernafasan
PENEMUAN KLINIKAL
* Paralysis (lumpuh)
* Kebanyakannya monyok dan mati
* Pada lesi ditemui pembesaran saraf, limfoid tumor samada berbentuk diffuse atau nodular pada hati, limpa, jantung, buah pinggang dan otot.
* Folikel rerambut membesar pada ayam daging – dimusnahkan
DIAGNOSIS
* Histologikal
* Saraf membesar
* Tumor pada kebanyakan organ pada ayam berumur lebih 3 minggu
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Vaksinasi ditempat penetasan
* Amalan sanitasi yang baik terutama pada awal penetasan
* Kekuatan imuniti terbentuk 7 – 14 hari
* Membentuk ketahanan genetik
INFECTIOUS BURSAL DISEASE
Gumboro disease
* Akut
* Berjangkit
* Ciri yang ditunjukkan ialah edema pada cloacal bursa, “vent picking” dan kematian pada ayam berumur 3 – 6 minggu)
ETIOLOGI
* Virus IBD
* Membiak dalam najis
* Merebak melalui peralatan seperti sangkar dan kenderaan
PENEMUAN KLINIKAL
* Sekiranya ada jangkitan, vaksin untuk ND, IB dan MD tidak akan berkesan
* (3 – 4 hari) menunjukkan tanda-tanda:
* Prostration
* Incoordination
* Cirit-birit
* Vent picking
* Inflamasi pada cloaca
* Lesi yang ditemui:
* Cloacal bursa bengkak, edema dan kekuningan
* Bahagian pektoral, peha dan otot kaki alami pendarahan
* Ayam yang pulih terbantut
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Tiada rawatan
* Disinfeksi ladang
* Vaksinasi (Live IBDV) melalui mata, minuman atau bawah kulit peringkat grower dan sebelum waktu bertelur pada ayam pembiak supaya ayam daging/penelur bebas penyakit
NEWCASTLE DISEASE
* Akut
* Melibatkan sistem pernafasan
* Disebabkan oleh virus
* Menunjukkan tanda gangguan saraf atau cirit-birit dan pembengkakan bahagian kepala
ETIOLOGI
* Virus Paramyxo
* Menyebabkan sindrom pernafasan/saraf atau sindrom viscerotropik
* Virus dalam cecair hidung, najis, telur dan udara hembusan dari paru-paru
* Jangkitan melalui udara, air dan makanan tercemar
PENEMUAN KLINIKAL
Gangguan sistem pernafasan:
* Sesak nafas dan batuk
Gangguan saraf:
* Drooping wing, kaki menggeletar, Kepala teleng, berpusing, berundur semasa minum, monyok, lumpuh
* Telur berubah warna dan bentuk
* Keluaran telur menurun
* Albumin cair
Gangguan viscerotropic
* Cirit-birit (cair dan kehijauan)
* Bengkak tisu mata dan leher
* Kematian hampir 100 % bagi dewasa
* Lesi pelbagai merujuk tanda penyakit yang ditunjukkan
DIAGNOSIS
* Pengasingan virus di makmal dengan menggunakan ND antiserum sebagai inhibitor
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Pemberian vaksin melalui air minuman (anak ayam berumur sehari)
* Titisan pada mata atau hidung
PULLORUM DISEASE
* Kematian tinggi pada anak dan dewasa
* Kebanyakan tempat telah dibasmi dan membentuk ladang bebas penyakit
* Disebabkan oleh bakteria
ETIOLOGI
* Bakteria Salmonella pullorum
* Jangkitan melalui telur menyebabkan kematian tinggi peringkat umur sehari – 3 minggu
* Anak ayam berkumpul pada punca haba, tidak makan, mengantuk dan najis berwarna putih keliling anus
* Ayam pulih, kuman bersarang dalam ovari
* Bila telur menetas, lahir generasi berpenyakit
PENEMUAN KLINIKAL
Lesi peringkat anak:
* Yolk sacs tidak diserap
* Hati/limpa alami focal necrosis
* Nodular pada paru-paru, jantung dan gizzard
* Material seperti keju dalam ceca
* Bengkak sendi
Lesi peringkat dewasa:
* Pericarditis
* Peritonitis
DIAGNOSIS
* Pengasingan Salmonella pullorum
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Furazolidone 0.022 % dalam makanan
* Pemeriksaan berjadual kumpulan pembiak
EGG DROP SYNDROME (EDS)
* Telur yang dikeluarkan bercengkerang lembut atau tidak terbentuk dengan sempurna walaupun ayam kelihatan sehat
ETIOLOGI
* Adenovirus
* Jangkitan melalui telur
* Tinggal dalam badan sehingga ayam sampai peringkat matang
* Virus keluar melalui najis
* Jangkitan melalui pencemaran
* Jangkitan berlaku perlahan
* Berlaku pada baka pembiak ayam daging atau penelur yang mengeluarkan telur bewarna perang
* Jangkitan boleh berlaku melalui peralatan seperti sangkar, lori serta serangga
* Telur bervirus menetas, ayam sehat hingga peringkat bertelur
PENEMUAN KLINIKAL
* Kehilangan warna pada telur
* Cengkerang nipis dan mudah pecah
* Telur tanpa cengkerang
* Pengeluaran telur berkurang sehingga 40 %
DIAGNOSIS
* Pengeluaran telur kurang mendadak pada puncak pengeluaran
* Kejadian berlaku kepada beberapa kumpulan ayam yang berlainan
* Berbeza dengan Newcastle disease dan Influenza kerana ayam nampak sehat
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Tiada rawatan
* Ternak ayam yang bebas penyakit
* Beri vaksin oil adjuvant pada usia 14 – 18 minggu
INFECTIOUS BRONCHITIS
* Akut
* Cepat berjangkit
* Disebabkan jangkitan virus
ETIOLOGI
* Corona virus
* Ayam yang pulih akan imun pada jangkitan
* Melalui pencemaran cecair dari hidung
PENEMUAN KLINIKAL
* Batuk setelah 18 –48 jam terdedah pada virus
* Cecair hidung pada anak ayam sahaja
* Ada kes bengkak bahagian muka
* Air mata meleleh
* Morbidity 100 %
* Gangguan pernafasan berkurang 2 – 3 minggu
* Mortality 60 % pada anak ayam
* Kurang mortality pada ayam pada ayam berumur lebih 5 minggu
* Pengambilan makanan menurun
* Pengeluaran telur menurun hingga 50 % dengan kualiti telur yang rendah
DIAGNOSIS
* Pengasingan virus di makmal
* Kejadian penyakit yang akut di mana 100 % morbidity
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Tiada rawatan
* Tambah selera makan
* Baiki pengudaraan akan kurangkan kematian anak ayam
* Ayam berumur lebih 5 minggu, prognosisnya baik
* Ayam penelur perlu masa untuk kembali normal
INFECTIOUS CORYZA
* Penyakit pernafasan
* Keluar cecair dari hidung, bersin dan bengkak muka di bahagian bawah mata
ETIOLOGI
* Bakteria Haemophilus gallinarum
* Ayam yang kronik dan yang telah pulih menjadi pembawa penyakit
* Menjangkiti ayam berumur lebih 4 minggu
* Tanda penyakit kelihatan dalam 1 – 3 hari
* Berpanjangan selama 2 minggu
* Jangkitan secara langsung dan pencemaran minuman
PENEMUAN KLINIKAL
* Monyok
* Serous nasal discharge
* Bengkak di muka hingga tertutup mata
* Pengeluaran telur menurun
DIAGNOSIS
* Pengasingan di makmal
* Gangguan pernafasan yang akut
* Beri kesan dalam 2 – 3 hari
* Peratus morbidity tinggi
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* All in all out system
* Antibiotik bakterin digunakan
* Disebabkan oleh virus
* Tanpa tanda jelas kepada mortality tinggi
ETIOLOGI
* Influenza type A virus
* Bawaan burung laut yang pulih dari jangkitan, burung air yang berpindah-randah dan burung kesayangan yang diimpot
PENEMUAN KLINIKAL
* Tanda-tanda gangguan pernafasan
* Pengeluaran telur merosot
* Tidak subur dalam pembiakan
* Kes teruk – cirit-birit hijau, edema pada kepala dan balung serta berhingus
DIAGNOSIS
* Pengasingan virus di makmal
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Pemberian vaksin
* Singkiran
* Sanitasi dan pengudaraan
KESIMPULAN
ETIOLOGI
* Pelbagai
PENEMUAN KLINIKAL
* Penyakit dibezakan melalui:
* Tanda penyakit
* Umur ayam yang terlibat
* Morbidity dan mortality
* Tumbesaran terencat
* Pengambilan makan menurun
* Pengeluaran berkurangan
DIAGNOSIS
* Pengasingan antigen di makmal
* Tanda penyakit
* Mortality dan morbidity
* Umur ayam yang terlibat
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
* Pilih stok bebas penyakit
* Terasing dan terhindar dari pencerobohan
* All in all out system
* Amalan sanitasi yang baik
* Pemeriksaan berkala
* Singkiran
* Pemusnahan ternakan
* Penggunaan vaksin dan ubatan